BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Borang Permohonan Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia (BR1M) dan Syarat-Syarat Memohon Bantuan Sara Hidup Isi Rumah


1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga emas sebatang kara

3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilihserta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.


PERATURAN
  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu Yang Layak
  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;


Sila kemukakan salinan;
  • MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.


Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my mulai esok. 





Link 1-Borang BR1M Lampiran 1 dan 2

UPDATE: Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda bolehlah melihat tempat-tempat penyerahan Borang BR1M ini DI SINI [KLIK]

Bagi anda yang mahukan Bulan Purnama menghantar Borang BR1M ini melalui emel, sila tinggalkan emel anda di bahagian komen. Terima Kasih :)

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
sumber dari MOF & LHDN.

kredit to blog eelobor

Update Berita Kosmo:


Untuk perhatian, borang bantuan rakyat RM500 adalah percuma.

NIBONG TEBAL – Di saat kesibukan orang ramai untuk memperoleh borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan RM500 yang diberikan oleh kerajaan bermula semalam, rupa-rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang tersebut pada harga RM50 setiap satu.

Perbuatan itu didedahkan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan berkata, selain dijual, mereka juga mengenakan bayaran bagi mengisi borang berkenaan.

“Perbuatan menjual borang BR1M tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah percuma,” katanya di sini semalam.

UPDATE: AWAS BORANG PALSU BR1M


KUALA LUMPUR: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata kementerian itu telah menerima aduan orang ramai tentang munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.
“Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan dan bukannya nombor akaun bank mereka,” katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Lim berkata sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M, dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.

Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya.

Beliau berkata borang bantuan BR1M diedarkan secara percuma sejak Sabtu lepas, yang boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Pendaftaran permohonan BR1M bermula pada 10 Disember lepas dan tarikh akhir menghantar borang adalah pada 10 Jan tahun depan (2012).
19 Komentar untuk " BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) "

Terima kasih.. info yg hebat..

BR1M satu, boss !

my emel :
syeedah86@hotmail.com

TK.

Bagi anda yang mahukan Bulan Purnama menghantar Borang BR1M ini melalui emel, sila tinggalkan emel anda di bahagian komen. Terima Kasih :)

emel saya : syeedah86@hotmail.com

TK.

terima kaseh diatas info tersebut....

send me ((:
syahidah.my@gmail.com

tq in advance ^_^

terima kasih di atas info.emelkan kpd sy justfilatrue@yahoo.com.

Salam 1 Malaysia,
Thnx 4 info...
Sy nk mohon.
irwan.411@gmail.com

Bgi yg telah meninggalkan emel anda.. sila periksa emel anda.. sudah dihantar :)

Thank for info
Email : shamsudin_51@yahoo.com

This income(pendapatan kasar) include freelance/extra income or not?I got income tax last year coz it included my part time/extra income.But my basic salary less than RM3000.Can I apply it in this case?

saya memerlukan satu borong untuk pemohonana~~
sila emailkan saya...
terima kasih ya ~ ^^

email : bluetit_tit@hotmail.com

Emel me . .
Slumberzkick@yahoo.com

trime kasih info..skarang boleh lagi ke kalau nk mohon bulan prnama?...kalau boleh..email ke saya:abuhanifa.ide@gmail.com..trime kasih!

mcm mna mhu cek nma yg bkal trma?

* kcb_alya@yahoo.com
* alya6449@gmail.com
tq..saya tggu email borang dr admin..