NABILA HUDA MOHON MAAF ISU GAMBAR BERCIUM

Nabila Kesal Gambar Cium Tersebar

Nabila Huda minta maaf kepada peminat mengenai gambarnya bercium dengan seorang lelaki.[KLIK SINI] Setelah mendiamkan diri gara-gara dakwaan gambar berciumnya, akhirnya Nabila Huda tampil membuat pengakuan dalam program hiburan di TV9, Galaksi, Jumaat lalu.


“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi.

“Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.

“Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan.


sumber: gua.com.my
3 Komentar untuk " NABILA HUDA MOHON MAAF ISU GAMBAR BERCIUM "

DIA dah minta maaf... itu yg manusia nak. manusia kan KEPOH. selagi DIA berdiam, semua manusia kepoh doh heboh. bila dah minta MAAF..... still ade lagi nak mencemuh. DIA dengan ALLAH S.W.T itu hanya ALLAH S.W.T yg tentukan...

untung lah manusia KEPOH, korang punya turn belum lagi kan.....

kalo x wujud org yg kepoh, x wujud jgk la org yg taw malu ble buat salh~ memg la itu dosa antara dia dgn Allah, tp stakat mntak maaf dgn manusia watpe?? dgn manusia ni, lma2 dorg lpe la~ tp dgn Allah, dosa dye tu trcata smpai akhirat~

bukan KEPOH...tapi sebagai saudara seagama WAJIB bagi kita menegur perbuatan yg salah..menegur pulak ada 3 cara...dgn tangan,mulut dan dgn hati...kalau tak ada org tegur maka berleluasa lah maksiat atas muka bumi ALLAH ni...bila manusia dah tak takut dgn ALLAH maka hancurlah dunia ni...memang itu dosa dia dgn ALLAh tapu u sedar x dengan perbuatan dia tu boleh mempengaruhi anak2 muda yg lain utk ikut perbuatan tu? u bace dia mintak ampun dgn sapa? dgn ALLAH ke dgn MANUSIA? ade tak dia cakap "saya berdosa dgn perbuatan saya dan saya mohon keampunan dgn ALLAH"? mudah mudahan ALLAH beri hidayah kepada Nabila Huda...