Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com

DIANA AMIR MENANGIS TAKUT MATI

Diana Amir Menangis Takut Mati

Kalau dahulu Irma Hasmie memeranjatkan banyak pihak apabila dia membuat keputusan untuk bertudung, kini penampilan terbaru Diana Amir pula mencuri perhatian. Heroin filem '3,2,1 Cinta' ini dilihat selesa memakai tudung ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran majalah hiburan popular, Media Hiburan


Ketika ditemui, Diana memberitahu sudah sembilan hari dia memakai tudung dan perubahan itu adalah untuk selamanya, bukan semata-mata untuk menghadiri majlis rumah terbuka itu.

“Ini adalah penampilan terbaru saya dan hari ini (Rabu) masuk hari ke sembilan saya mengenakan tudung. Keputusan ini saya buat setelah beberapa lama memikirkannya. Saya yakin ini adalah keputusan yang terbaik. Niat untuk berubah ini timbul kira-kira dua bulan lalu apabila saya sering teringat tentang mati dan hari kiamat. Setiap kali teringat tentang dua perkara itu, saya mesti takut sebab saya tiada sebarang persediaan untuk menghadapinya. Adakalanya saya menangis seorang diri apabila terlalu memikirkannya.


"Namun saya tidak cukup kuat untuk terus berubah kerana ketika itu hati saya masih berbelah bagi. Saya bimbang dengan memakai tudung ia akan membataskan karier lakonan saya. Bagaimanapun, kehadiran bulan Ramadhan tempoh hari memberi hikmah kepada saya. Oleh kerana jadual kerja tidak sibuk, saya banyak menghabiskan masa di rumah keluarga angkat yang sangat mementingkan soal agama. Setiap kali ingin ke rumah mereka saya mesti memakai tudung kerana bapa angkat saya itu agak tegas dalam berpakaian.


"Dalam masa yang sama, mereka juga sering menasihatkan saya supaya menutup aurat. Setelah banyak petunjuk yang saya terima, saya nekad memakai tudung dan yakin perubahan ini adalah jalan terbaik. Saya buat ikhlas kerana Allah bukan kerana desakan keluarga mahupun teman lelaki,” jelas Diana panjang lebar.

kredit to gua.com.my
Share this post :
Share Artikel Ini :