ANANG ASHANTY RAKAM GAMBAR PRA PERKAHWINAN DI EROPAH?

Anang dan Ashanty Rakam Gambar Pra-Perkahwinan Di Eropah?

Anang Hermansyah (gambar) dan Ashanty (gambar) yang sedang merancang perkahwinan mereka dikhabarkan akan merakamkan gambar dan penggambaran klip video pra-perkahwinan mereka di Eropah dalam masa terdekat ini.


Bagaimanapun pasangan ini enggan mengiyakan mahupun menidakkan perkara tersebut.

"Gambar pra-perkahwinan di sana (Eropah)? Cuaca di sanakan minus 9 darjah celcius, jadi sukar untuk senyum gambar pra-perkahwinan.

"Sebenarnya kami belum terfikir foto-foto seperti itu dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang kostum," ujar Ashanty kepada detikhot, Khamis.

Yang pasti, dalam perancangan mereka memang ingin membawa jurukamera peribadi.

"Kami belum tahu juga sama ada ingin merakamkan gambar pra-perkahwinan atau tidak. Tapi tujuan ke sana memang mahu bikin klip video," ujarnya lagi.

sumber mstar
0 Komentar untuk " ANANG ASHANTY RAKAM GAMBAR PRA PERKAHWINAN DI EROPAH? "