Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com

KUTIPAN FILEM BINI-BINIKU GANGSTER 2011

BINI-BINIKU GANGSTER 2011 CECAH RM 3 JUTA 6 HARI

WALAUPUN ditayangkan bukan pada musim cuti umum manakala kemeriahan Aidilfitri juga sudah berada di penghujungnya, sambutan terhadap filem Bini-Biniku Gangster (BBG) tidak mengecewakan apabila mencecah RM3 juta dalam tempoh enam hari.


Filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) dibintangi Shaheizy Sam, Yana Samsuddin dan Intan Ladyana itu membuka tirai tayangan pada 22 September lalu dengan kutipan RM450,000 kemudian meningkat pada hujung minggu kepada RM800,000 pada Sabtu dan RM650,000 (Ahad) menjadikan jumlah kutipannya mencecah RM3 juta sehingga semalam. 

Produsernya, David Teo berkata, kutipan yang dicatatkan BBG arahan Ismail Bob Hasim ini cukup membanggakan dan yakin mampu mencapai RM5 juta sekali gus mencapai sasaran untuk kutipan box-office bagi filem terbitannya. 

“Kalau ikutkan sasaran, memang tidak berjaya kerana saya harap mampu cecah RM8 juta sebagaimana kejayaan filem pertama arahan Bob, Ngangkung, yang ditayangkan pada November tahun lalu.

“Saya tetap puas hati kerana kutipannya membanggakan kalau dilihat dari segi tarikh tayangannya yang tiada faktor penarik seperti cuti sekolah atau musim perayaan.

“Kalau hari-hari biasa, angka itu cukup membanggakan. Mungkin kalau tarikh tayangannya pada waktu cuti sekolah atau perayaan, tidak mustahil mencapai sasaran lebih RM8 juta sebagaimana filem Hantu Bonceng mengumpul RM8.6 juta dua minggu tayangan. 

“Ini kerana BBG dijayakan pelakon popular, Sam, Yana dan Intan. Maklum balas daripada penonton juga sangat baik dan tiada yang mengatakan filem itu membosankan,” katanya. 


SINOPSIS FILEM BINI-BINIKU GANGSTER 2011

BBG mengisahkan Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (Shaheizy Sam) pasangan suami isteri. Pasangan ini sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Manja seorang suri rumah yang rajin dan pandai melayan suami di mata Herry. 

Tanpa pengetahuan Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai ketua kumpulan samseng. Di pejabat, Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya. 


Walaupun sudah dua tahun Herry dan Manja bernikah, mereka belum dikurniakan zuriat. Ini kerana Manja mengalami kecederaan di perut suatu masa lalu. 

Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencarikan seorang wanita untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. 

Manja melamar Reanna (Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru bekerja untuk menjadi madunya. Walaupun reda dengan perkahwinan suaminya, jauh di sudut hatinya dia cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. 


Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna di rumah. 

Tanpa pengetahuan Herry dan Manja, Reanna rupanya seorang samseng dan mempunyai agenda tersendiri. 

Dalam keadaan kelam kabut dan pergaduhan antara Manja dan Reanna, tiba-tiba Herry menghilangkan diri. Kedua-dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat. -mymetro


gambar rotikaya.com
Share this post :
Share Artikel Ini :