GAMBAR PROTON PERSONA R BARU

PROTON PERSONA R 2012 | PROTON ESPIRE

Rakyat Malaysia sememangnya sentiasa menaruh minat berkenaan perkembangan apa saja model kereta terbaru keluaran PROTON dan PERODUA. Persoalannya kini ialah model kereta mana pula yang menjadi perhatian rakyat Malaysia selepas ini? Mungkin Proton Saga FL dengan kotak gear CVT, Proton Exora Turbo, Proton Inspira fasa ke-2, Perodua Myvi 1.5, atau model pengganti Persona yang dikenali dengan nama Persona R.

PROTON PERSONA RJangkaan saya model yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh peminat automotif tempatan ketika ini ialah Persona R. Bakal dikeluarkan oleh PROTON pada awal atau pertengahan tahun 2012, ianya merupakan sebuah kereta sedan serba baru, bukan lagi model dinaiktaraf (facelift), malah ia dikatakan bakal menggunakan enjin turbo, dengan rekabentuknya dikatakan mirip kereta konsep Proton Tuah.

PROTON PERSONA RSpyshot Persona R yang sedang diuji di jalan raya telah beberapa kali kita lihat sebelum ini, kini tiba pula masanya untuk melihat sebuah model lengkap yang akan berada di jalan raya apabila fasa ujian seterusnya akan dilakukan oleh PROTON bermula Julai depan. Lebih kurang 8 atau 10 bulan lagi menjelang pelancarannya, rakyat Malaysia pasti menanti dengan penuh minat spyshot Persona R yang hampir lengkap muncul di internet.

PROTON PERSONA RSaya sendiri sudah membuat perancangan untuk menjadi antara yang terawal memaparkan foto-foto Persona R terbaru dengan rupa hampir lengkap 100 peratus, jika bernasib baik mungkin kita semua akan terserempak dengan model tersebut di mana-mana saja, pada bila-bila masa.

PROTON PERSONA R
Pada pendapat anda, adakah Persona R akan menjadi fenomena dan bakal melonjakkan jumlah jualan kereta PROTON apabila dilancarkan nanti? Atau ianya hanya ‘panas’ pada awal kemunculan sahaja dan kemudian mula dilupakan? Jika tersilap langkah, PROTON akan menanggung kerugian sama seperti pengalaman mereka bersama Proton Savvy.

Saya agak skeptikal dan pesimis dengan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Persona R apabila melihat jualan Proton Inspira yang kian perlahan ketika ini. Persona R perlu menjadi sebuah model serba lengkap seperti mana dimahukan oleh rakyat Malaysia. Enjin berkuasa, ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia, peralatan interior setanding dengan apa yang ditawarkan oleh kereta dari Korea dan Jepun, kualiti dan ketahanan, dan yang paling penting adalah harga yang bakal ditawarkan.


PROTON PERSONA RRakyat Malaysia tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki sebuah kereta sedan lengkap untuk kegunaan harian, cuma mereka ketika ini agak cerewet. Jika harganya sama seperti Toyota Vios atau Honda City tetapi kualiti tidak setanding, PROTON pasti sukar untuk mencatatkan angka jualan terbaik. Jika harganya pula murah seperti Proton Persona Elegance, apa pula yang kita boleh harapkan dari segi spesifikasi?

PROTON PERSONA R
Persona R akan bersaing hebat dengan model terbaru Hyundai Elantra yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, atau mungkin Peugeot 408 turut memberikan cabaran dengan penawaran harga kompetetif. Saya sangsi akan kemampuan Persona R untuk terus kekal bersaing, namun saya berharap saya salah 100 peratus, dan Persona R akan mengulangi kejayaan gemilang Proton Wira.

kredit : arenakereta

PROTON PERSONA Rp/s : Pada pendapat anda, faktor apakah yang akan menentukan sama ada Persona R akan berjaya atau gagal di pasaran tempatan selepas dilancarkan nanti?

3 comments:

  1. harga la...if harga sama mcm keta luar..better amek keta luar..baran spare part proton pon mahal..even pekerja proton pon guna keta luar..so how?

    ReplyDelete