GAMBAR PRA PERKAHWINAN AZAD DAN EIRA SYAZIRA

Gambar Pra Perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jazmin

LEBIH tiga tahun menyulam cinta, pasangan artis, Eira Syazira, 27, dan kekasihnya Azad Jazmin, 35, memilih tarikh bernikah di kediaman keluarga Eira di Persint 14, Putrajaya pada 16 September ini.

Bukan lagi rahsia apabila pasangan yang pada mulanya bergandingan dalam lakonan menerusi beberapa drama dan filem, seterusnya menyanyi lagu duet bersama selain bernaung di bawah syarikat rakaman sama iaitu FG Music Sdn Bhd.



Mungkin itulah dikatakan suratan atau kebetulan. Apabila sampai jodoh dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, akhirnya pasangan sejoli ini bakal disatukan pada majlis serba ringkas namun penuh makna.

Biarpun pelbagai persepsi timbul ekoran pengumuman majlis perkahwinan itu yang dikatakan dilakukan secara mengejut, namun bagi Eira yang popular dengan watak air mata itu menyerahkan semuanya kepada keluarga. Malah dia sudah bersedia menerima apa saja andaian dan kecaman daripada semua pihak.

“Sebenarnya semua perancangan saya serahkan kepada keluarga. Kami memang merancang untuk bernikah sudah lama sebelum ibu bapa ke umrah Ramadan lalu. “Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, baru ibu bapa kami berbincang dan memilih tarikh yang sesuai. Saya serahkan sepenuhnya keputusan kepada keluarga. Restu dan doa daripada keluarga dalam hubungan kami cukup penting pada saya. “Begitupun saya menunggu semua perkara yang diatur betul-betul jadi dan berjalan lancar baru saya bertindak memaklumkan dan mengedarkan jemputan kepada media dan rakan seminggu selepas Aidilfitri,” katanya.


Eira mengakui walaupun memaklumkan secara mengejut, namun timbul pelbagai dakwaan mengenai hubungan mereka malah ada pula yang berteka-teki tarikh majlis perkahwinan mereka. Ikut perancangan asal mereka sebenarnya mahu mendirikan rumah tangga tahun depan namun dia tidak menyangka jodohnya sudah sampai.

Tambah Eira yang popular menerusi drama Cinta Balkis, dia gembira dan teruja apabila keputusan mereka untuk bergelar suami isteri diterima baik peminat. Malah ada yang memberi restu dan menyokong keputusan itu.

Debaran menanti detik disatukan sememang gagal disembunyikan Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi yang baru saja melancarkan album solo berjudul, Di Hati Ini Julai lalu. Dia bersyukur kerana dipercepatkan jodoh bersama kekasih hatinya itu.


Selain kerap terbabit bergandingan dalam filem dan drama antaranya filem Ngangkung, Eira dan Azad juga dipilih syarikat rakaman FG Music menyampaikan lagu duet berjudul Lagu Jiwa ciptaan Manusia Putih. Lagu berkenaan yang sudah siap dirakam dijangka berada di pasaran sekitar November ini.

Ditanya mengenai personaliti jejaka berjaya menawan hatinya itu, Eira berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria khusus buat Azad memandang ia cukup klise. Seperti pasangan bercinta dan bakal menempuh alam rumah tangga dia sentiasa berfikiran positif dan saling mempercayai antara satu sama lain dalam hubungan mereka.

“Tidak perlu saya jelaskan apa keistimewaan dirinya yang berjaya menambat hati satu. Biar saya simpan saja perkara itu. Yang penting pada saya dia memang segalanya buat saya,” katanya.



Ketika ini persiapan majlis pernikahan itu sudah hampir 90peratus siap. Eira juga berasa bertuah kerana mendapat tajaan pakaian daripada Wan Pa dan Zaha Wedding Planer dari Ipoh untuk majlis akad nikah dan persandingan yang berkonsep cermin, kristal dan bunga ros.

Majlis resepsi Eira kemungkinan besar akan diadakan pada 19 November juga di Putrajaya. Sementara di sebelah Azad dengan bertemakan Bollywood mendapat tajaan Jalinan Kasih di Pulau Pinang pada 26 November ini.





Kredit picture to Phosgraphis Photography

No comments: