GAMBAR PERKAHWINAN FELIX AF DAN LYDIA

GAMBAR PERKAHWINAN FELIX AGUS AF 3 DAN LYDIA LARIUS 17 SEPTEMBER 2011


Pandangan pertama ketika melihat kelibat seorang ‘sumandak’ (gadis) melintas di depan mata membuka hati Naib Juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Felix Agus yang melangsungkan perkahwinan dengan gadis pujaannya, hari ini.

Jejaka berusia 29 tahun bersama pasangannya, Lydia Larius Gijoh, 26, disatukan di sebuah gereja sebelum majlis resepsi di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini.

Ketika ditemui, jejaka bersuara lunak itu mengakui gadis penari Lembaga Kebudayaan Sabah dari Penampang itu berjaya membuka hatinya sebaik pertama kali bertentang mata.

“Saya melihatnya (Lydia) pertama kali ketika membuat persembahan di Dewan Persatuan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) pada awal 2006, namun masa itu tidak wujud bibit cinta lagi kerana masing-masing malu bertegur sapa.

“Namun, sebaik Lydia melintas di depan mata, hati berkata, ‘wah cantiknya sumandak ini dan saya mahu berkenalan dengannya’,” katanya.

Menurutnya, seperti sudah ditakdirkan, sebaik menyatakan salam pertama, gadis itu juga menyambutnya dengan hati terbuka.

“Agak lucu juga apabila Lydia juga mempunyai niat sama lalu meminta nombor telefon saya daripada rakannya.

“Bermula dari situ, kami berbalas SMS dengan bertanya khabar dan bertukar cerita hingga terbit rasa cinta,” katanya.









kredit photo to David Aramaitii Facebook

1 comment:

  1. Happy Wedding DaY and God Bless.. :)

    ReplyDelete