PERMOHONAN KEMASUKAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) BAGI TINGKATAN 4 2012/2013

Permohonan Kemasukan MTD 2012
Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011. Tawaran ini akan dibuka bermula Ogos sehingga 30 September 2011. Permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi Minimum - 152 sm.
  • Berat Minimum - 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • Terbuka kepada pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan PMR mendapat 4A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) dan berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR sebenar Tahun 2011.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera Diraja dan menduduki Ujian Khas MTD (UKMTD) sebagai prasyarat kemasukan ke tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja.
  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir di MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Ingerís, Matematik dan Sains).
CARA MEMOHON

  • Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.
  • Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
Sel Pemilihan
Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR

  • Borang Permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 September 2011. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD (UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.
  • Borang permohonan boleh didapati DI SINI. (Sila gunakan Internet Explorer 7 ke atas untuk mendapatkan borang ini)

(Sila gunakan Internet Explorer 7 ke atas untuk mendapatkan borang ini)

0 Komentar untuk " PERMOHONAN KEMASUKAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) BAGI TINGKATAN 4 2012/2013 "