Malaikat Wanita: Mengaku Pemegang Kunci Pintu Syurga




KULAIJAYA: Akibat taksub dengan ajaran tarekat disebarkan seorang wanita yang mengaku dirinya malaikat dan pemegang kunci pintu syurga, seorang lelaki nekad berhenti kerja dan mengabaikan tanggungjawab sehingga isterinya hidup serba kekurangan.

“Dia kerap menghilangkan diri berbulan-bulan kononnya kerana ingin beramal mencari pahala,” kata isteri lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, suaminya, Mohamed, 44, juga banyak melakukan perkara bertentangan ajaran Islam termasuk melakukan pemujaan hingga ke Indonesia.

“Dia melakukan pemujaan di makam, upacara korban binatang dan mencari harta karun hingga ke Aceh sebagai cara mendekati ‘malaikat’ itu sedangkan anak dan isteri di rumah hidup melarat,” katanya.


Azrina berkata, Mohamed bukan saja lupa tanggungjawab sebagai ketua keluarga, malah bersikap pelik dengan memakai lebih 20 tangkal termasuk diperbuat daripada bulu binatang kononnya sebagai pendinding dan pelaris. -HM


PELIK...antara tangkal kepunyaan suami Azrina yang diperoleh daripada wanita yang mengaku dirinya malaikat.
0 Komentar untuk " Malaikat Wanita: Mengaku Pemegang Kunci Pintu Syurga "