LAFAZ TAKBIR RAYA



hari raya aidilfitriAidilfitri sebagai hari yang berkat dan hari yang hanya terkhusus bagi kaum muslimin adalah merupakan satu syiar. Sudah setentunya kita bergembira serta bersyukur dengan kedatangan 1 Syawal. Hari raya adalah hari menerima ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan Ramadhan.

Janganlah pula kita korbankan kesan didikan daripada puasa itu dengan kita kembali mengikut hawa nafsu kepada perbuatan maksiat. Jiwa yang sudah dibersihkan, dikotorkan semula. Fikiran yang dijernihkan dengan bacaan Al-Quran diracuni dengan kefahaman yang karut, perangai atau akhlak yang sudah pulih, kita rosakkan pula kerana dorongan syaitan.





No comments: