GAMBAR ANAK PERTAMA ELYANA DAN KHAIRUL

Gambar : Elyana Selamat Lahirkan Anak Pertama



Anak Elyana Dan Khairul


“Salam kepada semua rakan & ahli keluarga, saya selamat melahirkan puteri pertama saya pada 27 Ogos, jam 6:45 petang. Syukur Alhamdulillah.” – laporan laman rasmi Facebook Elyana.

Begitulah bunyi mesej yang disampaikan oleh Elyana, 24 yang disambut gembira oleh peminatnya. Sudah tentu, raya tahun ini amat bermakna buat Elyana & suami, Khairul kerana diserikan dengan kelahiran puteri yang masih belum diberikan nama ini.

Pada masa yang sama, laman rasmi peminat, Elyana Official FC telah berkongsi sekeping gambar puteri kecil ini sebagai tatapan peminat. Daripada pemerhatian kami, bayi ini dilahirkan dalam keadaan sihat & montel, malah rambut tumbuh penuh meliputi kepala anak kecil ini. Penyanyi lagu Kalis Rindu ini telah mengikatkan tali perkahwinan bersama Khairul pada 19 November 2010.

Tahniah buat Elyana & keluarga.


kredit to ohbulan dan blog elyana
0 Komentar untuk " GAMBAR ANAK PERTAMA ELYANA DAN KHAIRUL "