BUNOHAN FILM BY DAIN SAID SINOPSIS

SINOPSIS FILEM BUNOHAN
Bunohan
BARISAN PELAKON FILEM BUNOHAN

Ilham : Faizal Hussein
Adil ‘Bunga Lalang’ : Zahiril Adzim
Bakar : Pekin Ibrahim
Deng : Bront Palarae
Pok Wah : Namron
Pok Eng : Wan Hanafi Su
Jolok : Hushairy Hussin
Muski : Amerul Affendi
Awang Sonar : Soffi Jikan
Jing : Jimmy Lor
Mek Yah : Tengku Azura
Cina Burung/Bird Man : Ho Yuhang
Chart : Carliff Carleel
Bakri : Mat Seman
Kruba : Hariry Abdul Jali
Gasi : Md Eyzendy
Ketot & Tapa : Sufian Muhammad
Adik : Sharidan

SINOPSIS FILEM BUNOHAN

BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa.

Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur.

Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.


sinopsis Bunohan
KAMPUNG BUNOHAN

BUNOHAN dinamakan berdasarkan nama sebuah kampong di Kelantan di mana kisahnya bermula. Kampung Bunohan terletak berhampiran sempadan wilayah Narathiwat Thailand. Kawasan sempadan di Kelantan ini telah lama dikenali sebagai “tanah jahat’ Malaysia. Panggilan ini diberi berdasarkan sejarah pertelingkahan di antara rakyat Thailand yang sebelum ini telah menyebabkan banyak pembunuhan. Ada juga yang berpendapat bahawa pertumpahan darah semasa Penjajahan Jepun yang menghasilkan gelaran ‘Bunohan’.

Hari ini, penglibatan keganasan di dalam kampong tersebut lebih berlandaskan cereka dan bukan fakta. Walaubagaimanapun namanya telah memberi satu anggapan yang ranggi kepada penduduk-penduduknya. Terdapat satu pepatah yang berbunyi: “Menghina seseorang dari Kampung Bunohan, adalah seperti menghina penduduk sekampung.” Kampung tersebut juga merupakan tempat asal ritual pemulihan tradisional yang dikenali sebagai “Main Puteri”, sebuah upacara yang dilangsungkan untuk mengusir roh-roh yang dipercayai sebagai punca penyakit psikologi.

full movie



sumber budiey.com

No comments: