Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com

Kesan Lawan web Nuffnang digodam semalam oleh GaySec

Selamat petang kepada pembaca blog BP. Petang ni BP nak kongsi sedikit artikel mengenai Laman web Nuffnang yang tiba-tiba tidak boleh diakses dan apabila di buka .. maka, akan keluar seperti imej di atas. Pagi tadi bila BP buka, dah boleh diakses semula. Siapakah yang melakukan semua ini? Adakah geng Anynomuos? Haha.. Bukan .. Sebenarnya, ia telah digodam oleh GaySec. Yang bagusnya, kumpulan yang menggelarkan GaySec ini bukan menggodam untuk merosakkan laman web Nuffnang, tetapi untuk mereka mahukan laman-laman sesawang di Malaysia meningkatkan tahap security agar menjadi lebih kebal supaya tidak lagi digodam oleh golongan-golongan tertentu.

Menurut info yang BP baca dari aliffcullen, sistem keselamatan laman web Nuffnang masih berada di tahap yang rendah dan seperti yang kita tahu, pengguna Nuffnang telah mencecah ratusan ribu pengguna. Jom baca petikan GaySec mengenai masalah yang terjadi pada laman Nuffnang semalam.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setelah beberapa hari menyepi, akhirnya kami telah kembali dengan rekaan laman web, sistem dan beberapa fungsi yang baru. Kami akan cuba membantu anda selagi termampu di halaman facebook kami iaitu jika anda mempunyai masalah komputer, tahap keselamatan laman web atau komputer, bahasa pengaturcaraan, atau apa sahaja, kami akan cuba untuk membantu.

Bercerita tentang nuffnang, mungkin di malaysia ini sudah semestinya ramai blogger yang menggunakan laman sesawang nuffnang untuk mendapatkan duit daripada jumlah pelawat, trafik dan pelbagai lagi dengan menggunakan servis pengiklanan daripada nuffnang.com.my.
Hari ini kami bersempatan untuk melawat halaman nuffnang dan kami telah mendapati laman sesawang nuffnang.com.my tidaklah sebegitu selamat. Kami mulai risau jika suatu hari nanti ada seseoarang yang dapat memasuki ke dalam server(pelayan) nuffnang dan manipulasikan antara servis pengiklanan nuffnang untuk melepaskan virus dengan menggunakan iframe dan skrip javascript yang telah tertanam di dalam setiap laman web yang melanggan iklan servis nuffnang. Kami risau jika suatu hari nanti nuffnang akan dijadikan sasaran utama untuk menyebarkan virus yang merebak melalui halaman seperti laman sosial facebook yang dijangkiti virus koobface.

Mungkin seseorang itu boleh menggunakan teknik “ActiveX java” untuk menamkan virus seperti stealer(pencuri), rat(remote administration tool) dan pelbagai lagi virus yang boleh menyebabkan sesebuah komputer pelawat itu dijangkiti oleh virus yang telah di tanamkan di dalam halaman skrip javascript nuffnang tersebut.
Kami cuma akan berkongsi sebanyak 34,531 ribu database
yang sedang berada oleh kami sekarang di atas sebab kesalamatan dan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Kami cuma mahu memberi kesedaran terhadap sistem admin dan web master itu tentang keselamatan laman web sendiri, sebelum menuduh dan menyalahkan kami, sila gunakan kepandaian atau duit anda untuk mengupah sesiapa sahaja yang memberikan servis “security pentest” di malaysia ini, kami rasa terlalu banyak syarikat yang membuat servis “security pentenst” bagi menyemak dan melakukan pengimbasan terhadap keselamatan sesuatu sistem dan laman sesawang itu...."

anda boleh terus membaca di aliffcullen


Ha, jadi selepas ini .. BP harap laman-laman sesawang di Malaysia dapat menambahbaik tahap security laman web mereka supaya di masa suatu hari ini, laman ini tidak digodam oleh golongan hacker-hacker yang tidak bertanggungjawab.
Share this post :
Share Artikel Ini :

1 comment:

  1. fuhh, tq BP for sharing this.. baru saya tahu tentang gaysec nih,, hehe

    ReplyDelete