Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com

Harimau Malaya turun dengan Jersi Biru Malam Ini


Ibarat bahang perlawanan akhir, begitulah senario yang berlaku di tanahair apabila di sana-sini masyarakat sibuk menceritakan mengenai pasukan Harimau Malaya ketika ini.

Sehingga tengah malam tadi, jualan jersi seragam Malaysia baik pilihan pertama (kuning) dan kedua (biru) laku bak goreng panas di pasar 'downtown' dan 'uptown' di seluruh ibukota.

Semuanya kerana ingin menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan kebangsaan yang akan bertemu Singapura dalam perlawanan timbal-balik kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2014.

Meskipun tewas 5-3 dalam aksi pertama, peminat tempatan tetap menaruh keyakinan tinggi anak-anak buah Datuk K. Rajagobal mampu memadamkan kelebihan pasukan lawan.

Sebanyak 85, 000 tiket yang diperuntukkan habis dijual dalam masa dua hari dan ramai yang kecewa berikutan kegagalan mendapatkan tiket.


Berikut merupakan petikan daripada BeritaHarian Online :


"KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya akan menyarung jersi biru bagi menentang pasukan Singapura dalam perlawanan dan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014, malam ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata demikian dalam jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Berita Harian sebentar tadi."
Share this post :
Share Artikel Ini :

0 komen: