Terkini Tsunami Jepun : Kebakaran terbaru di reaktor nuklear Jepun

KEADAAN loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS

GAMBAR menerusi televisyen Jepun menunjukkan kepulan asap putih selepas Loji Nuklear Fukushima Daiichi terbakar hari ini, akibat gempa bumi yang melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto Reuters
TOKYO: Kebakaran terbaru meletus di loji nuklear Jepun awal hari in sekali gus memburukkan lagi krisis berkenaan.
Kebakaran di reaktor nombor empat di loji No 1 Fukushima dilaporkan berlaku dengan sendiri, kata agensi keselamatan atom negara berkenaan.
Seorang pekerja terdahulu melaporkan asap merebak keluar dari tingkat empat bangunan reaktor berkenaan, kata jurucakap TEPCO.
Tidak dapat dipastikan tempoh masa kebakaran itu berlaku tetapi berjaya dipadamkan 30 minit selepas dikesan.
Tiada laporan mengenai kecederaan dan kesan kerosakan belum dapat disahkan. - AFP | bharian
Share Artikel Ini :
0 komen:
Post a Comment