Keputusan Terkini Piala FA 15/3/2011 | Selangor vs Johor 15/3/2011
Pemain Selangor Safiq Rahim (atas) berebut bola dengan pemain Johor Mohd Azuwan Md Arip
SHAH ALAM, (D5) - Selangor meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Johor dalam saingan pertama suku akhir Piala FA di Stadium Shah Alam.
Tempoh 45 minit pertama bagaimana sekadar menyaksikan tidak banyak percubaan menarik berlaku yang menyaksikan hanya cubaan Amri Yahyah yang terkena tiang gol menjadi santapan mendebarkan.
Anak-anak buah K. Devan terpaksa menunggu sehingga minit ke-49 untuk menembusi gawang pelawat menerusi gerakan cantik Hardi Jaafar.
Pemain sayap kiri itu menggelecek beberapa pertahanan Johor sebelum mudah menolak masuk bola ke dalam pintu gol terbuka.
Tersentak dengan itu, pasukan kendalian Azmi Mohamed itu kemudian cuba meningkatkan corak serangan mereka.
Namun usaha mereka kerap digagalkan dengan hantaran yang tidak sampai kepada penyerang yang diketuai Norizam Salaman.
Tidak banyak yang boleh dilakukan mereka untuk menguji gawang Selangor yang dikawal Iqbal Suhimi.
Enam minit kemudian, kealpaan benteng Johor sekali dihukum menerusi sepakan gunting Rudie Ramli. Gergasi Merah Kuning bagaimanapun seakan belum puas dan terus memburu gol.
Hasilnya, giliran Amri Yahyah pula mencipta nama sebagai penjaring selepas percubaan awalnya sempat dihadang pertahanan lawan. Namun bola yang singgah dikakinya tidak dipersiakan apabila dia dengan tenang mengacah penjaga gol sebelum merembat masuk.
Selepas mendahului selesa 3-0, corak serangan tuan rumah mula mengendur dan kesempatan itu dihidu Mohd Alif Mohd Yusof untuk bekalan saguhati pada minit-minit terakhir perlawanan.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PIALA FA 15/3/2011
credit: sokernet
Share Artikel Ini :

kita nantikan pusingan kedua
ReplyDelete