(Gambar) Sekitar Hari Pengumuman Keputusan SPM 2010


ALIAA Shafinaz Mohd Don yang mendapat 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dicium oleh ibu dan ayahnya di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang selepas menerima keputusan SPM, hari ini. - Foto Zulfa Mohamad | Berita Harian



PELAJAR SM Keat Hwa yang memperoleh 9A menunjukkan slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraikan kejayaan mereka bersama guru di Alor Setar. - Foto Rizal Braim | Berita Harian



Kugnethran Parmusuan (tengah) yang mendapat keputusan 12A+ dari Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya dijulang oleh rakan-rakannya selepas diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2010 bagi sekolah tersebut. KLANG 23 MAC 2011. - Utusan/MOHD SHAHARANI SAIBI



GEMBIRA .....Pengetua Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Sabuddin Sani bersama pelajar cemerlang secara simbolik menunjukkan isyarat | Utusan



PELAJAR Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru bersorak gembira sebaik saja menerima slip peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini, Johor Bahru 23 Mac 2011. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI



PELAJAR cemerlang Orang Kurang Upaya Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Muhammad Panglima Perang, Muhammad Ammar Ibrahim Istar menerima kucupan tahniah daripada ibu bapanya, Wan Mahani Asri dan Ibrahim Istar setelah memperolehi 7A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan hari ini. Kuantan 23 Mac 2011. Utusan/RUSHDI SALLEH



WIRA SEKOLAH... Mohammad Hazraf Hakim Khan dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dijulang rakan-rakan kerana memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan di Kangar 23 Mac 2011. Utusan/FAIZAL ABU HASSAN


kredit to : BH dan Utusan
3 Komentar untuk " (Gambar) Sekitar Hari Pengumuman Keputusan SPM 2010 "

teringat masa zaman ambik result SPM dulu..
masuk paper gak, sbb da sorg tu dpt 12 A1, n student terbaik kt penang~ hehe

teringat zaman spm 9A= tak dpt masuk paper..hihihi