Aksi hebat superhero BoBoiBoy




Satu pencapaian besar untuk industri animasi tempatan apabila pelbagai siri animasi mendapat tempat di hati penonton pelbagai usia. Kini, siri animasi 3D terbaru, BoBoiBoy mengambil tempat.

Dihasilkan dengan teknik animasi lebih terperinci, siri 3D itu bakal menyusul menggantikan siri aksi superhero 'Kamen Rider Dragon Knight' bermula 13 Mac lalu, sebanyak 13 episod menanti penonton setiap Ahad jam 7 malam.

Siri animasi terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd, adalah hasil kerja keras 30 tenaga mahir juru animasi diterajui Mohd Nizam Abd Razak.

BoBoiBoy mengisahkan seorang kanak-kanak yang tinggal bersama datuknya, Tok Aba, yang menyara hidup dengan menjual segala jenis produk coklat.

BoBoiBoy berkawan dengan Gopal, Ying dan YaYa. Hubungan mereka akrab sehingga makhluk asing bergelar Adu Du mencuri hasil koko milik Tok Aba.

Dalam misi makhluk asing itu untuk merampas resipi datuknya, BoBoiBoy menjumpai peralatan canggih mereka dan secara tidak langsung mengubah BoBoiBoy dan rakannya menjadi sekumpulan adiwira!

Watak itu direalisasikan suara latar individu berbakat, Nur Fathiah sebagai BoBoiBoy, Nur Sarah Alisya (YaYa), Yap Ee Jean (Ying) dan Dzubir Mohammed Zakaria (Gopal).

Jangan ketinggalan menyaksikan siri animasi 3D berkenaan yang pastinya menjanjikan pengalaman baru kepada anda! | sinar



3 comments:

  1. nmpk best!ak mmg giler kartun!yeeha

    ReplyDelete
  2. hoho, nak tengok tapi ari tu terlupe nak tengok..hehe

    ReplyDelete
  3. salah sorang pengganti suara tu adik hanis zalikha..

    ReplyDelete